KUBUR besar yang menyimpan mayat-mayat wanita ditemui di sebuah kebun, di belakang rumah bekas anggota polis di El Salvador. Penyiasat membuat penemuan itu ketika mereka menjalankan siasatan mengenai seorang bekas anggota polis, Hugo Ernesto Osoria Chavez yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita berusia 57 tahun dan anak perempuannya yang berusia 26 tahun. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ketika tiba di lokasi itu, penyiasat menyedari kawasan tanah di belakang rumahnya berbeza daripada kebiasaan. Mereka kemudiannya memulakan proses menggali sebelum menemui banyak tubuh wanita yang dipercayai menjadi mangsa keganasan seks dan pembunuhan. Dalam perkembangan terbaharu, Chavez dan 10 individu lain sudah ditahan berhubung kes itu. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!