SEORANG ibu muda bertindak masuk ke sebuah restoran dan meninggalkan bayinya yang baru lahir pada seorang pelanggan sebelum melarikan diri. Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditinggalkan bersama seorang pelanggan yang sedang makan di sebuah restoran di Bandar Jersey di New Jersey, Amerika Syarikat. Rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang remaja berjalan memasuki restoran dan meninggalkan anaknya bersama Alesea Scott yang sedang makan tengah hari bersama teman lelaki. Menurut laporan, remaja berusia 14 tahun itu memaklumkan kepada seorang kakitangan restoran mengenai penemuan seorang bayi perempuan, sebelum melarikan diri. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] NJ melaporkan bahawa pemilik restoran, Frankie Aguilar berkata, remaja berkenaan memasuki premis dan kelihatan terdesak apabila mahu mendapatkan bantuan. Remaja itu meninggalkan bayinya bersama seorang pelanggan dan melarikan diri ketika kakitangan menghubungi polis. Pelanggan terbabit membantu memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada bayi berkenaan, sebelum dibawa dengan ambulans ke Pusat Perubatan Bandar Jersey. Menurut laporan ABC7, anggota polis berjaya menjejaki ibu muda itu dan bayi berkenaan didapati dalam keadaan baik. Jurucakap polis memberitahu, ibu kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan belum dikenakan sebarang pertuduhan buat masa ini. - Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!