suria

Bayi baru lahir meninggal dunia, mak ayah terkejut terima bangkai tikus

Bangkai seekor tikus yang ditemui dalam satu beg plastik yang sepatutnya menyimpan jasad. foto Newsflash

SEPASANG suami isteri yang bersedih kerana kematian bayi perempuan mereka yang baru lahir dilaporkan diberi bangkai tikus, bukannya jasad anak mereka.

Jari Daniela Velez dan Daniel Alejandro Jaramillo mendakwa mereka diserahkan bangkai seekor tikus besar, di sebuah hospital di Tulua, Colombia.

Susulan kejadian itu, mereka membuat aduan berhubung kesilapan pihak hospital.

Pada 15 Mei lalu, Jari Daniela Velez yang hamil 28 minggu dimasukkan ke sebuah hospital untuk bersalin.

Malangnya, bayi perempuannya, yang dipanggil Emily Samara, meninggal dunia semasa dilahirkan.

Daniel berkata, dia pergi ke bilik mayat untuk melihat jasad bayi perempuannya sebelum pengebumiannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Seorang pembantu bilik mayat membuka kotak polisterin yang tertera butiran bayi perempuan itu.

Menerusi sebuah kotak, mereka menjumpai satu beg plastik merah yang sepatutnya menyimpan jasad sebelum diserahkan kepada waris.

Bagaimanapun, Daniel berkata, mereka melihat ia mengandungi sepasang sarung tangan getah dan bangkai seekor tikus di dalamnya.

Menurut beberapa laporan, kakitangan hospital tidak dapat menjumpai jasad bayi perempuan berkenaan.

Susulan kejadian itu, keluarga tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain