suria

Israel kembali mengganas... rempuh perkarangan Masjid Al-Aqsa, hanya beberapa jam selepas gencatan senjata

Pasukan keselamatan Israel memasuki perkarangan masjid Al-Aqsa. foto AFP

DUNIA digemparkan dengan tindakan polis Israel yang merempuh masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa, pada Jumaat.

Pertembungan terbaharu antara polis Israel dan rakyat Palestin itu berlaku selepas beberapa jam gencatan senjata antara Israel dan Palestin di Gaza.

Memetik laporan Al Jazeera, kejadian yang berlaku selepas solat Jumaat menyaksikan gas pemedih mata dilepaskan terhadap rakyat Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 11 hari, Hamas dan Israel setuju adakan gencatan senjata

Beberapa saksi di lokasi berkata, kebanyakan rakyat Palestin berada di perkarangan itu untuk meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel.

Susulan pertempuran yang masih berlangsung, polis terpaksa melepaskan bom tangan pegun, bom asap dan gas pemedih mata di tempat kejadian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, pejuang Hamas dan tentera Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata berkuatkuasa awal pagi Jumaat, sekali gus bakal menyaksikan pertempuran yang berlangsung sejak 11 hari lalu berakhir.

Serangan dilancarkan oleh rejim Zionis pada 10 Mei lepas ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.

Ia adalah rentetan daripada tuntutan dan dakwaan Zionis Israel yang mengatakan bahawa kawasan Masjid Al-Aqsa itu adalah Temple Mount iaitu kuil suci bagi orang Yahudi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain