MENERIMA hakikat diri dijangkiti Covid-19 dan kembali bangkit untuk pulih daripada penyakit tersebut sememangnya sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Ia bukan sahaja menguji fizikal tetapi juga kesihatan mental seseorang pesakit. Justeru, apa jua perbuatan atau perkara positif yang ditunjukkan oleh orang lain sedikit sebanyak mampu menceriakan pesakit Covid-19. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Itulah yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun apabila menulis mesej 'Be Happy' pada kotak makanan yang disediakan oleh ibunya untuk pesakit Covid-19. Menerusi foto yang tular, kelihatan kanak-kanak yang dikenali sebagai Aadvik Gautam dari daerah Bhopal Madhya Pradesh, India gigih menulis mesej positif berkenaan pada setiap kotak makanan. Foto tersebut yang dikongsi oleh seorang pelayar Twitter mengundang pujian daripada netizen yang mengkagumi kanak-kanak lelaki itu. - India.com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!