SEORANG wanita berusia 27 tahun melahirkan bayi lelaki yang 'luar biasa' sehingga memerlukan bantuan dua orang untuk mengeluarkannya ketika proses kelahiran. Bayi tersebut berukuran 2 kaki panjang dan mempunyai berat hampir 6 kilogram (kg) adalah milik pasangan Amy Smit dan suaminya Zac, dari Cheddington, Buckinghamshire. Amy melahirkan bayi yang diberi nama Zagrys melalui pembedahan Caesarean pada 25 Mei di sebuah hospital berhampiran rumahnya. Pasangan tersebut berkata bayi mereka sangat besar sehingga saiznya melebihi alat timbangan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Dia begitu besar sehingga memerlukan dua orang untuk mengeluarkannya dari perut. "Kami tahu bayi ini mempunyai ukuran yang panjang kerana sudah melihat menerusi semua imbasan sewaktu di dalam kandungan. "Suami dan saya mempunyai ketinggian sekitar enam kaki. Namun kami juga sama sekali tidak menyangka bayi kami begitu besar," ujar Amy. - India.com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!