suria

Pengantin perempuan meninggal dunia ketika upacara perkahwinan, majlis tetap diteruskan... adik jadi ganti!

Adik kepada pengantin perempuan (dalam bulatan) menjadi ganti selepas majlis diteruskan dengan persetujuan kedua-dua keluarga.

WALAUPUN pandemik Covid-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda reda, namun upacara perkahwinan tetap berlangsung di India.

Dalam satu upacara perkahwinan baru-baru ini, majlis tersebut bagaimanapun bertukar menjadi tragis apabila pengantin perempuan rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Insiden pilu itu berlaku ketika pasangan pengantin sedang bertukar-tukar kalungan bunga.

Secara tiba-tiba pengantin perempuan, Surabhi rebah dan tidak sedarkan diri ketika berdiri di sebelah pengantin lelaki, Manjesh Kumar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Seorang doktor yang dipanggil mengesahkan Surabhi sudah meninggal dunia dan punca kematiannya adalah kerana serangan jantung.

Keluarga pasangan berkenaan kemudian berbincang dan memutuskan untuk meneruskan upacara perkahwinan tersebut antara pengantin lelaki dengan adik kepada pengantin perempuan.

Kejadian tersebut berlaku dua hari yang lalu di Samaspur, di daerah Etawah. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain