NASIB malang menimpa seorang lelaki yang membeli sebuah kolam renang mudah alih secara dalam talian, apabila dia ditipu pengiklan. Ia berikutan barang yang diterima sebenarnya adalah spa kaki untuk kanak-kanak. Mick Daffern tertarik dengan tawaran harga murah £7 (RM41) ketika membuat carian dalam talian. Bapa dua anak itu bagaimanapun tidak menyedari gambar yang dipaparkan menerusi iklan dirakam terlalu dekat. Dia hanya mendapati 'kolam renang' yang dibelinya tidak muat untuk dirinya berenang sebaik barangan berkenaan dihantar kepadanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut laporan The Sun, dia menyangka kolam renang dewasa itu berukuran 8 kaki, sesuai untuk dirinya berenang di masa lapang. Sebaliknya, Mick menerima spa kaki untuk kanak-kanak berukuran 1 kaki persegi. Bagaimanapun, anak perempuannya berusia sembilan tahun bertuah kerana dapat menikmati permainan itu. - Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!