SEORANG ahli perniagaan bergelar jutawan dan isterinya yang berusia 23 tahun telah membelanjakan £138,000 (RM806,653) untuk mendapatkan 20 bayi melalui kaedah ibu tumpang sejak tahun lalu. Galip, 57, dan isterinya Kristina Ozturk dari Batumi, Georgia, mula 'mengembangkan' keluarga mereka sejak 14 bulan lalu. Mereka turut membelanjakan £67,700 (RM395,727) setahun untuk 16 orang pengasuh. Kristina sudah mempunyai seorang anak perempuan, Victoria, yang berusia enam tahun sebelum bertemu Galip. "Saya tidak pasti sama ada kami akan menjadi keluarga terbesar di dunia, tetapi kami pasti akan menjadi keluarga paling bahagia di dunia. "Saya bersama anak-anak sepanjang masa, melakukan semua perkara yang biasa dilakukan oleh seorang ibu. Saya dapat memberitahu anda satu perkara, iaitu setiap hari yang saya lalui tidak pernah membosankan," ujarnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ibu kepada 21 anak itu juga tidak menolak untuk mempunyai lebih ramai bayi secara semula jadi. Bagaimanapun pasangan ini berkata mereka tidak bercadang untuk mendapatkan bayi baharu dalam masa terdekat kerana mahu memberi tumpuan kepada anak-anak yang sedang dalam jagaan ketika ini. - Dailystar Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!