suria

Bekas bintang filem lucah cuba nasib jadi ‘gamer’ profesional

Fernandinha memberitahu tiba masanya dia melakukan sesuatu yang baharu. foto @fernandinhafernandezofficial/ Newsflash

SEORANG bekas bintang filem lucah kini mahu menempa nama sebagai pemain permainan video profesional.

Wanita itu sebelum ini terlibat dalam industri filem lucah selama 12 tahun.

Fernandinha Fernandez membintangi filem lucah pertamanya pada usia 22 tahun.

Dia kini memulakan karier baharu dalam permainan video, dengan bantuan teman lelakinya, Vinicius.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bercakap kepada portal berita Metropoles, katanya: "Teman lelaki saya tahu saya mahu meninggalkan karier saya (pelakon filem lucah).

"Itu adalah tiga tahun lalu. Saya sudah penat. Kemudian setahun lalu, saya berhenti melakukan filem lucah.

"Saya sentiasa suka permainan videp. Saya telah bermainnya sejak saya berusia lapan tahun.

"Saya mahu gabungkan bisnes dan keseronokan (menerusi permainan video)," katanya.

Menurut Fernandinha, teman lelakinya yang bekerja dalam pemasaran banyak membantunya melakukan projek baharu tersebut.

Wanita berusia 34 tahun itu menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan para peminatnya dan bermain permainan video bersama mereka. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain