SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun diikat pada sebatang tiang dan tubuhnya dilumur dengan madu sebagai satu bentuk hukuman oleh bapanya sendiri.
Difahamkan, bapanya bertindak sedemikian selepas seorang jiran menuduh kanak-kanak tersebut mencuri.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di wilayah Shebin El Qanater, Mesir.
Bapa kanak-kanak tersebut yang namanya tidak didedahkan, didakwa mengikat serta melumur madu pada badan anaknya dan meninggalkannya di atas bumbung.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh kanak-kanak lelaki itu 'dihukum'.
Serangga seperti lebah dan nyamuk turut menghurungi tubuh badannya yang melekit dengan madu.
Bapa kanak-kanak itu kemudian ditangkap tidak lama selepas anaknya ditemui.
Ibu kandung kanak-kanak itu yang menetap di kampung lain terkejut apabila mengetahu keadaan anaknya dan memutuskan mahu meminta pertolongan daripada kumpulan aktivis kanak-kanak. - Dailystar
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!