PENULARAN kes Covid-19 yang tidak berkesudahan ternyata membimbangkan masyarakat dunia.
Terbaharu, penduduk di bandar Uttarkashu, Uttarkhand, India mendakwa mayat pesakit Covid-19 dibiarkan bergelimpangan di kawasan sungai Bhagirathi.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Ujar penduduk di kawasan itu, ia susulan kawasan tanah perkuburan yang sudah penuh ekoran peningkatan kes kematian wabak Covid-19.
Lebih pilu, mayat yang bergelimpangan itu akhirnya menjadi 'santapan' kepada anjing-anjing jalanan.
Menurut seorang saksi, dia menyedari kejadian itu ketika sedang melukis di sungai pada 31 Mei lalu.
Malah, dia turut menggesa kerajaan agar mengulas mengenai isu lambakan mayat itu. - Daily Star.
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!