DENGAN gelombang kedua Covid-19 yang melanda India ketika ini, kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung (lockdown) di kebanyakan bandar di negara tersebut. Rakyat hanya dibenarkan keluar dari kediaman mereka untuk urusan yang penting sahaja. Baru-baru ini, seorang lelaki ditahan polis di bandar Gadag Karnataka kerana melanggar perintah lockdown yang sedang dikuatkuasakan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ketika polis bertanya alasannya mengingkari peraturan yang ditetapkan, lelaki tersebut selamba mengatakan ayamnya mengalami masalah sembelit dan perlu dirawat di klinik haiwan. Alasan tersebut serta merta membuatkan pihak polis pecah perut, sebelum menghantar lelaki itu kembali ke rumah. - India.com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!