CINTA tak mengenal usia. Begitulah kisahnya mengenai hubungan yang terjalin antara lelaki berusia 23 tahun dengan wanita berusia 60 tahun. Namun, jejaka itu ternyata kecewa apabila kisah hubungan mereka menjadi bahan jenaka ramai. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Malah, ada individu yang turut membuat komen jahat mengenai wajah berkedut teman wanitanya. Enggan ambil pusing dengan kata-kata orang, dia yang dikenali sebagai Leo tetap memuat naik video mesra dengan teman wanitanya itu di TikTok. Malah sehingga kini ia sudah menerima lebih 50, 000 tontonan. Antara video yang mencuri tumpuan tentunya babak memaparkan pasangan itu menari di pasar raya. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!