SEORANG lelaki mendakwa dirinya gagal melepasi ujian pengesanan dadah untuk satu temuduga kerja gara-gara memakan roti yang mengandungi biji popi. Menurutnya, majikan berkenaan tidak jadi menawarkannya sebarang jawatan selepas keputusan ujian mengesan terdapat dadah di dalam tubuh badannya. Lelaki itu mendakwa, dia tidak mengambil sebarang bahan terlarang atau ubat-ubatan sebaliknya hanya memakan roti yang mengandungi biji popi. Kakak kepada lelaki berkenaan dari Plymouth, membuat hantaran mengenai perkara tersebut di media sosial untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai agar mengelakkan memakan roti sembarangan, dikhuatiri menerima nasib seperti adiknya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Dia tidak mengambil sebarang ubat. Kelmarin dia datang ke rumah saya dan dia membawa pulang empat keping roti sandwich. "Dia makan dua keping sebelum menghadiri temuduga kerja. Biji popi menyebabkan dia gagal dalam ujian pengesanan dadah! "Disebabkan itu dia tidak mendapat pekerjaan tersebut walaupun dia cuba meyakinkan majikan berkenaan," tulis wanita berkenaan. - Metro.co.uk Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!