KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Mungkin itulah kata-kata yang dapat menggambarkan perilaku remaja lelaki ini. Tidak didedahkan identitinya, remaja itu ditangkap pihak berkuasa atas dakwaan merogol ibunya di pulau peranginan Gran Canaria, Sepanyol. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Berusia 16 tahun, dia kini direman selepas ditahan pada Khamis petang. Menurut laporan, remaja itu berkata dia tidak dapat mengimbas semula apa yang berlaku kerana berada di bawah pengaruh dadah. Pihak berkuasa turut mengesahkan penahanan itu, namun enggan mendedahkan identiti dan kewarganegaraan remaja tersebut. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!