TREND pengubahsuaian tubuh menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun ini. Di media sosial, ramai yang menunjukkan perubahan diri mereka. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ada yang sanggup membelah lidah, mendapatkan tatu kekal dan membuat pembedahan untuk mendapatkan telinga bunian, persis karakter fantasi. Di China misalnya, pakar bedah plastik mendedahkan trend itu semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu. Dedah seorang doktor di Guangzhou, dia melakukan sekurang-kurangnya enam pembedahan berkaitan setiap hari. Selain di China, seorang lelaki dari Argentina turut berbelanja besar untuk mendapatkan telinga runcing itu. Luis Padron turut menjadi perhatian ramai selepas dia melakukan pembedahan tersebut. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!