suria

Budak 3 tahun dikejarkan ke hospital selepas diserang merak

Ezra dibawa ke hospital selepas diserang oleh seekor burung merak. foto Becky Gittoes

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikejarkan ke hospital selepas diserang oleh burung merak yang agresif di sebuah zoo di United Kingdom.

Seorang wanita, Becky Gittoes tiba di zoo berkenaan pada 19 Jun, bersama suami dan dua anak kecilnya pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Namun hanya selepas satu jam pengalaman menyeronokkan, anak mereka Ezra diserang oleh seekor burung merak.

Menurut laporan DevonLive, kejadian itu mengakibatkan anaknya berlumuran darah.

Becky berkata: ''Kami duduk di taman pada bangku piknik dan terdapat tempat memanjat untuk kanak-kanak.

"Ada seekor burung berkeliaran, tapi Ezra tidak berada dekat dengan haiwan itu," katanya.

Bagaimanapun, ia secara tiba-tiba menyerang Ezra dan mematuk dahi kanak-kanak itu.

"Ezra mungkin buta jika ia terkena lebih rendah sedikit.

"'Kami diberitahu untuk membawa Ezra terus ke hospital, dan dia sekarang diberikan antibiotik dan meninggalkan kesan luka.

"Tiada papan tanda yang memberi amaran bahawa burung-burung merak di situ adalah agresif," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Susulan kejadian itu, jurucakap zoo berkenaan berkata, zoo tersebut dikenali sebagai kawasan burung merak yang bebas selama bertahun-tahun.

"Burung merak bukanlah agresif tetapi ia kadang-kadang boleh mematuk, jadi kami meletakkan banyak tanda di kawasan sekitar untuk memaklumkan perkara ini dan menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka.

"Kami menghubungi keluarga berkenaan dan berharap dapat melihat mereka kembali ke zoo ini tidak lama lagi," ujar jurucakap itu. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain