suria

Wanita nyaris maut dihempap sofa gara-gara jiran malas

Seorang lelaki membuang sofa dari tingkap pangsapuri hingga nyaris menghempap seorang jiran.

SEORANG lelaki bertindak membuang sofa lamanya dari luar tingkap pangsapurinya kerana malas untuk membawanya turun, hingga nyaris membunuh seorang jirannya.

Penghuni bernama Mesut Duran itu menetap di Uskudar di Istanbul, Turki, mahu membuang sofa lama selepas membeli yang baharu.

Menurut media tempatan, Mesut terlalu malas untuk menuruni tangga membawa sofa itu, maka dia memutuskan untuk membuangnya dari tingkap dalam kejadian 9 Jun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Insiden berkenaan dirakam menerusi kamera keselamatan bangunan dan merakamkan saat sofa hampir menghempap jirannya.

Menerusi video tersebut, seorang wanita dilihat berjalan keluar dari bangunan ketika sofa jatuh dari tingkap, dan dia nyaris maut dalam kejadian itu.

Video itu kemudian menunjukkan wanita berkenaan terkejut sambil memandang ke atas sambil mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat ke arah jirannya sebelum beredar. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain