suria

Wanita ‘lahirkan bayi kembar 10’ dimasukkan ke wad psikiatri selepas didakwa reka cerita

Gosiame Thamara Sithole mendakwa dia melahirkan bayi kembar 10. foto Newsflash

SEORANG wanita warga Afrika Selatan yang mendakwa dirinya melahirkan 10 bayi kembar sebelum didakwa mereka-reka cerita, telah dimasukkan ke wad psikiatri.

Polis menahan Gosiame Thamara Sithole di rumah saudaranya di bandar Rabie Ridge dekat Johannesburg, pada pagi Khamis 17 Jun.

Penahanannya dibuat susulan saudara-mara kepada pasangannya, Teboho Tsotetsi, melaporkan kehilangannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Polis bagaimanapun menafikan dakwaan dia ditahan kerana melakukan jenayah sebelum diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Sosial Gauteng.

Pasukan petugas sosial kemudian membawanya ke Hospital Tembisa untuk penilaian kesihatan mental.

Wanita berusia 37 tahun itu sebelum ini menjadi tajuk berita utama selepas mendakwa dirinya melahirkan bayi kembar 10 di sebuah hospital di bandar Pretoria, pada 7 Jun.

Peguamnya, Refiloe Mokoena, mendakwa Sithole ditahan secara paksa dan akan memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan ikat jamin.

Setakat ini, dakwaan mengenai kelahiran bayi kembar 10 itu masih belum disahkan atau dinafikan. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain