GAMBAR seorang remaja perempuan yang sedang mengikuti pembelajaran secara atas talian (online) dalam keadaan hujan sambil dipayungi bapanya, menjadi tular di media sosial. Dilaporkan kejadian tersebut berlaku di Ballaka, sebuah desa terpencil di daerah Dakshina Kannada. Menerusi gambar yang tular, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Narayana sedang memegang payung sambil anak perempuannya tekun mengikuti pembelajaran di tepi jalan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Seorang wartawan, Mahesh Puchchappady, yang memuat naik gambar itu di Twitter menulis bahawa gadis tersebut akan datang ke tempat yang sama pada setiap petang. Menurut wartawan itu lagi, situasi tersebut adalah normal di kawasan luar bandar, di mana pelajar yang mengikuti kelas online berdepan dengan masalah liputan internet. - India.com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!