suria

Kembar tiga hamil serentak, dijangka bersalin beza beberapa minggu

Kembar tiga... Gina, Nina dan Victoria hamil pada masa sama. foto CBS / KCAL 9

KEMBAR tiga seiras yang dilahirkan hanya beberapa minit antara satu sama lain hamil pada masa sama.

Tiga beradik dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu, Gina, Nina dan Victoria dijangka bersalin dalam jarak beberapa minggu antara satu sama lain.

Menurut laporan CBS Los Angeles, mereka bakal menimang seorang cahaya mata perempuan dan dua bayi lelaki.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kembar berusia 35 itu dijangka bersalin pada Julai, Ogos dan November.

Ketiga-tiga beradik itu hanya keluar rumah apabila mereka memakai baju yang sama.

Mereka juga turut berkongsi pakaian hamil. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain