SEORANG pegawai penjara dijatuhkan hukuman gara-gara menjalin hubungan cinta dengan seorang tahanan lelaki. Lucy Thornton dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas tuduhan salah guna kuasa. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Berusia 28 tahun, Lucy menjalin hubunga dengan seorang tahanan, Aaron Whittaker dengan memberikan pelbagai kemudahan untuknya. Antaranya, dia bertindak memberi telefon bimbit kepada lelaki itu. Selain itu, Lucy turut menggunakan wang miliknya untuk membayar hutang dadah lelaki tersebut. Lucy akhirnya digantung tugas pada 30 Jun 2019. Malah, dia turut menjalin hubungan dengan tahanan itu sehingga hamil dan melahirkan seorang bayi. Lucy dijatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan, namun dikurangkan kepada 10 bulan. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!