suria

Gara-gara final Euro 2020, sebuah kedai di England ‘tutup’ bahagian produk makanan Itali

Satu bahagian rak di sebuah kedai ditutup dengan pita. foto Facebook / Daily Star

SEORANG penjaga kedai yang merupakan 'kaki bola' menjadi tular selepas memuat naik sekeping gambar 'larangan' produk makanan Itali, menjelang perlawanan akhir Euro 2020 antara England dan Itali.

Imej tersebut menunjukkan rak yang menempatkan roti bawang putih, pasta dan produk makanan Itali lain ditutup dengan pita kuning dan hitam sebagai larangan.

Menurut laporan Birmingham Live, dalam tempoh 24 jam, posting tersebut dihujani ribuan likes dan komen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami di Nisa memandang serius tentang bola! Oleh itu, pasta, sos pasta, Dolmio, Ragu dan piza tidak boleh dijual.

"Tiada makanan Itali yang boleh dijual. Go England! It's coming home!"

Kedai tersebut beroperasi di Stoke-on-Trent, England.

Bercakap kepada BlackCountryLive, penjaga kedai itu, Avtar Singh berkata: "Ia sebenarnya bertujuan untuk sekadar gurauan buat penduduk setempat. Saya telah mengusahakan kedai ini sejak 10 tahun lalu dan telah menjadi penghubung yang baik dalam kalangan masyarakat.

"Bola sepak menjadi keterujaan bersama buat kami," katanya. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain