suria

Putera William kecewa England tewas, tetap titip kata-kata semangat - “Sayangnya kali ini bukan hari kita...”

Riak wajah Putera William yang tidak dapat menahan kecewa selepas kekalahan England. Foto: Usatoday

PEWARIS takhta Britain, Putera William mengucapkan tahniah kepada Itali di atas kejayaan merangkul gelaran juara Euro 2020.

Itali berjaya menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada aksi final di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Terdahulu England memperoleh gol pertama menerusi Luke Shaw pada minit kedua, sebelum disamakan pertahanan Itali, Leonardo Bonucci minit ke-67.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi Twitter rasmi The Duke and Duchess of Cambridge, putera itu juga memberikan kata-kata semangat buat The Three Lions, meskipun bersedih dengan kekalahan pasukan itu.

"Menyedihkan... England, anda semua sudah sampai sejauh ini, tetapi sayangnya kali ini bukan hari kita. Anda semua teruskan keyakinan dan berbangga dengan diri sendiri. Saya tahu masih banyak lagi yang bakal menyusul. W., " tulisnya.

William yang menyaksikan final Euro 2020 di Wembley turut ditemani Duchess of Cambridge, Kate Middleton dan anak mereka, Putera George. - Usatoday

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain