suria

2 beradik digelar lelaki paling kuat di dunia

Dedah Tom, dia tak pernah bersaing dengan abangnya, sebaliknya mereka menyokong antara satu sama lain. Foto: Daily Record

TOM dan Luke Stoltman menjadi adik-beradik pertama yang mara ke pusingan akhir pertandingan World's Strongest Man pada bulan lalu.

Lebih membanggakan, mereka berdua berjaya meraih takhta kejuaraan dalam pertandingan itu.

Mereka sebelum ini dibesarkan di sebuah pekan kecil di Invergordon, Scottish Highlands.

Ujar mereka berdua, kawasan itu tidak mempunyai sebarang kelengkapan khas, memaksa mereka membuat latihan kendiri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tanpa sebarang peralatan gim dan sebagainya, mereka tetap berjaya membina kekuatan diri.

"Kami perlu ke Glasgoz atau England untuk mendapatkan kelengkapan yag bagus," ujar Tom.

Dedah Tom, dia tak pernah bersaing dengan abangnya, sebaliknya mereka menyokong antara satu sama lain. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain