suria

Lelaki keluarkan cincin nak lamar teman wanita, ibu cepat-cepat kata tidak

Momen Dan sepatutnya melamar teman wanita, yang dirakamkan oleh bapanya. foto TikTok/catdaddan

SEORANG ibu mengganggu rancangan anaknya yang nyaris mengeluarkan cincin untuk melamar teman wanita.

Dan dari Amerika Syarikat (AS) berkata, dia mahu berkongsi momen itu bersama orang tersayang dan merancang untuk membuat lamaran semasa percutian keluarga, pada Mei lalu.

Bagaimanapun, saat istimewa yang dirakamkan oleh bapanya menggunakan telefon bimbit itu berlaku sebaliknya.

Menerusi video di aplikasi TikTok, katanya: "Kepada gadis yang ingin saya lamar, tapi ibu minta saya hentikannya.

"Ayah tak tahu nak buat apa, jadi dia hanya terus merakam," tambahnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketika kejadian, Dan dan teman wanitanya sedang bergambar, sebelum dia cuma mengambil cincin dari poket seluar untuk melamar.

Namun belum sempat Dan membuat lamaran pada teman wanita, kedengaran suara ibunya berkata "Tidak, tidak, tidak".

Susulan itu, dia kemudian membatalkan hasrat tersebut dan berjalan ke keluarganya.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan ibu Dan dan menganggap gadis telah terlepas sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Dan bagaimanapun membalas komen-komen dengan berkata: "Ibu saya beritahu dia tahu apa yang terbaik untuk saya."

Dia kemudian memuat naik satu lagi video dan menjelaskan mereka berkunjung semula ke lokasi itu untuk bertunang. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain