suria

Disangka meninggal dunia dalam nahas pesawat, Sajjad kembali ke pangkuan ibu selepas 45 tahun

Sajjad (kanan) bertemu semula ibunya selepas 45 tahun. foto HT photo

SEORANG lelaki berusia 70 tahun yang dianggap telah meninggal dunia selepas nahas pesawat Indian Airlines di Mumbai, India pada 1976, dilaporkan pulang ke rumah keluarganya selepas 45 tahun.

Lelaki berkenaan, Sajjad Thangal kembali ke pangkuan ibunya yang kini berusia 91 tahun di Kollam, Kerala.

Kepulangannya disambut keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran dan pemimpin setempat di kampung.

Kehidupan Sajjad dilanda masalah pada 1976 selepas tragedi pesawat terhempas di Mumbai, yang meragut 95 nyawa termasuk pelakon terkenal dari selatan India, Rani Chandra.

Sajjad ketika itu berusia 25 tahun bekerja dengan Rani Chandra dan mengendalikan program kebudayaan di negara-negara Teluk.

Kedua-dua mereka dijadualkan menaiki penerbangan Mumbai, tetapi rancangan berubah saat akhir sekali gus menyelamatkan nyawanya.

Pengasas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Navi Mumbai, K M Philip berkata, Sajjad sepatutnya pulang bersama rombongan dari Abu Dhabi pada 12 Oktober 1976, tetapi perubahan saat akhir dengan jawatankuasa penganjur.

Menurut Philip, tragedi itu memberi kesan kepada Sajjad yang kehilangan ramai rakan karib dan rakan perniagaan yang terbabit dalam nahas.

Sajjad Thangal

Sajjad (tengah) disangka telah meninggal dunia. foto Facebook

Pemuda itu mengalami beberapa isu kesihatan mental dan terpaksa hidup secara privasi.

"Ketika itu insurans belum lagi mendapat perhatian, dan saya kehilangan banyak wang. Saya juga bimbang polis akan memburu saya.

"Hampir kesemua orang menyangka saya antara yang terkorban dalam nahas itu," kata Sajjad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya kemudian memulakan kehidupan di Mumbai dengan melakukan pelbagai kerja," katanya.

Dia kemudian dipindahkan ke rumah perlindungan yang dikendalikan oleh NGO dan menjalani rawatan kerana trauma.

Philip menjelaskan bahawa Sajjad pada mulanya sukar untuk menceritakan kisahnya kepada kaunselor di rumah jagaan itu.

Bertahun-tahun kemudian NGO itu mula menyiasat dan mendapati bahawa ibunya yang berusia 91 tahun, Fathima Beevi masih hidup.

Bercakap dengan ibunya menerusi panggilan telefon ternyata mengejutkan kerana dia didapati masih hidup, dan dipertemukan di kampung halamannya di Sathamkotta pada Sabtu.

Keluarga lelaki itu dilaporkan telah memeriksa senarai penumpang berulang kali dan gagal menjumpai namanya.

Namun disebabkan kurangnya maklumat mengenai kejadian itu, mereka menganggap Sajjad telah meninggal dunia.

"Impian saya menjadi kenyataan. Saya tidak menyangka dapat bertemu semula dengan keluarga, terutama ibu saya," kata Sajjad. - Hindustan Times

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain