suria

Wanita bengang jiran ceroboh kawasan rumah setiap kali keluar bekerja, siap bersantai di halaman!

Wanita tersebut memasang kamera litar tertutup di halaman rumahnya selepas menyedari 'kehadiran' orang asing.

SEORANG wanita bengang dengan sikap beberapa jirannya yang 'menceroboh' taman di halaman rumahnya, setiap kali dia keluar bekerja.

Menurut wanita berkenaan, jiran-jirannya akan memanjat tembok untuk memasuki halamannya dan bersantai, selepas memastikan dia sudah keluar untuk ke tempat kerja.

Wanita berkenaan berkongsi kisahnya menerusi blog Mumsnet untuk meminta nasihat warga maya.

Katanya, dia pada mulanya menyedari perabot atau barangan di tamannya sering berubah tempat atau terdapat 'kesan' yang ditinggalkan, lantas mengambil keputusan untuk memasang kamera litar tertutup.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Apabila saya memeriksa kamera, alangkah terkejutnya apabila mendapati jiran-jiran telah memanjat tembok pagar dan bersantai di taman saya dari pukul 2 petang hingga 8 malam.

"Saya tidak tahu bagaimana mahu menanganinya kerana saya seorang wanita bujang, dalam masa yang sama saya tak mahu ia berulang.

"Mereka tidak tahu saya ada memasang kamera. Saya tertanya-tanya berapa lama ia akan berlanjutan," katanya.

Ratusan pengguna Mumsnet berkongsi pandangan mereka, dengan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut terhadap tingkah laku jiran wanita tersebut yang jelas kurang beradab. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain