SEORANG wanita dari Connecticut, Amerika Syarikat dianugerahkan gelaran Guinness World Record kerana mempunyai saiz bukaan mulut yang besar. Samantha Ramsdell, 31, pada mulanya memuat naik video di TikTok untuk menghilangkan rasa bosan. Namun tanpa disangka, video yang dimuat naik olehnya meraih hampir 50 juta tontonan! Dengan bukaan mulut berukuran 6.52 cm, Samantha disahkan sebagai pemegang rekod dunia bagi kategori wanita yang mempunyai saiz bukaan mulut paling luas. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya tidak pernah menyangka akan menjadi terkenal kerana mulut saya, tetapi sangat luar biasa. Ini sangat menakjubkan," katanya. Selepas meraih pencapaian istimewa tersebut, Samantha menggalakkan sesiapa sahaja yang mempunyai 'anggota badan besar atau unik dan ingin mendapatkan gelaran Guinness World Records' untuk menonjolkan diri bagi mengejar impian mereka. - India.com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!