suria

Cita-cita sejak umur 11 tahun jadi kenyataan, si jelita seronok bekerja dalam bilik mayat

Dia menonton dokumentari yang memaparkan aksi bedah siasat ke atas mayat, sekaligus membuatkan dia jatuh cinta dengan bidang itu.

SEJAK umur 11 tahun, Alexandria Bowser menyimpan hasrat untuk bekerja di bilik mayat.

Segalanya bermula selepas dia menonton dokumentari yang memaparkan aksi bedah siasat ke atas mayat, sekaligus membuatkan dia jatuh cinta dengan bidang itu.

"Saya ingat hari itu dengan jelas. Saya berusia 11 tahun dan saya tanya ibu sekiranya dibenarkan menonton dokumentari itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya kagum dengan proses yang dilakukan dan saya mula bercita-cita untuk bekerja dalam bidang itu. Mak saya pun seolah-olah tak percaya," ujarnya.

Kini dia merealisasikan impian itu dan ditugaskan untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat di tempat kerjanya.

Malah, dia juga perlu membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas mayat untuk tujuan dokumentasi. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain