suria

Jarak usia bukan penghalang, wanita akui jatuh cinta dengan kawan anak sendiri

0_SWNS_AGE_GAP_04

MEMANG benar cinta itu tak mengenal usia.

Namun, tindakan wanita ini jatuh cinta dengan kawan anaknya menyebabkan dia digelar sebagai pedofilia.

Imbas Marilyn Buttigieg, kejadian itu berlaku pada Jun 2006, ketika William Smith masih berusia 16 tahun.

Marilyn pada waktu itu berusia 31 tahun dan tinggal di Crawley, Barat Sussex bersama anak-anaknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Hubungan romantik mereka juga menyebabkan berlaku drama antara dua keluarga.

Namun, mereka akhirnya memilih untuk meneruskan hubungan itu dan ia masih berkekalan sehingga ke hari ini.

Kerana hubungan itu juga, salah seorang daripada tujuh anak Marilyn meninggalkannya dan membuangnya sebagai ibu.

Untuk rekod, William membuat lamaran pada Februari 2009 dan mereka berkahwin dua bulan kemudian. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain