SEORANG ibu sanggup berbelanja sehingga ribuan dollar untuk kelihatan seperti Barbie dan meluahkan hasrat untuk membuat pasukan klon. Marcela Iglesias, 43, yang tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), telah menghabiskan £60,000 (RM35,247) bagi melakukan prosedur kosmetik untuk kelihatan seperti boneka mainan yang popular tetapi mendakwa dia tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Baru-baru ini dia mengetahui tentang pengklonan manusia dan mendakwa bahawa bukan sahaja para saintis yang melakukannya tetapi dia juga berpotensi membantu menyelamatkan nyawa dengan mengklonkan dirinya untuk mederma organ. "Saya ingin diklon dan kemudian melihat sama ada kita boleh menggunakan organ-organ tersebut untuk derma atau untuk diri saya sendiri pada masa akan datang," kata Marcela. "Terdapat ramai pesakit yang memerlukan pemindahan organ daripada penderma dan pasukan klon sesuai untuk digunakan bagi tujuan ini. "Dengan menderma sel induk dan beberapa telur saya, ia dapat digunakan untuk membuat organ manusia bagi membantu orang yang memerlukan pemindahan organ," ujarnya. Marcela mencari topik melalui Profesor Nakauchi dari University of Tokyo, yang telah melakukan penyelidikan mengenai organ yang tumbuh berdasarkan sel stem pesakit. Dia percaya bahawa pengklonan sudah berlaku tetapi masyarakat umum belum mengetahui tentangnya dan bertekad untuk memiliki pasukan Barbie sendiri, sehingga dia dapat menyumbangkan organnya kepada mereka yang memerlukannya. -MIRROR