KETERUJAAN seorang remaja lelaki menyaksikan pemandangan indah matahari terbenam ketika bercuti di Ibiza, Sepanyol baru-baru ini akhirnya bertukar tragedi apabila dua jarinya terpaksa dipotong akibat digigit seekor labah-labah berbisa. Memetik laporan Mirror, remaja berusia 19 tahun itu terpaksa menjalani rawatan di Sepanyol selama dua minggu sejak hujung Julai lepas dan akan menjalani pembedahan memotong dua jarinya selepas pulang ke Wales, Britain tidak lama lagi. Kejadian yang menimpa remaja ini menjadi perhatian setelah kisahnya disiarkan di surat khabar tempatan Sepanyol awal minggu ini. "Ketika itu, saya duduk di tangga dan merasakan ada sesuatu yang menyengat saya tetapi saya tidak mengendahkannya. “Namun pada pukul 5 pagi keesokannya, saya terjaga daripada tidur kerana tangan seolah-olah terasa terbakar dan membengkak,” katanya. Menurutnya, walaupun telah diberikan suntikan ketika membuat pemeriksaan di pusat kesihatan namun ia tidak membantu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] “Saya mula panik kerana tangan saya bertukar warna ungu dan doktor memaklumkan mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu. “Sehinggalah saya menjalani ujian dan disahkan telah digigit labah-labah berbisa. “Berjuta-juta pelancong datang ke lokasi itu untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam setiap tahun, tapi belum ada yang pernah terkena gigitan selain saya,” katanya. Gigitan itu perlu dirawat sebaiknya, jika tidak ia boleh menyebabkan nekrosis yang boleh menyebabkan gangren. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!