suria

“Selepas 18 tahun, ini caranya kamu meninggalkan saya?" Wanita ini sedih suaminya kebas semua barang rumah

Porsche meluahkan perasaan di TikTok selepas ditinggalkan suaminya secara mengejut.

SIAPA sangka, selepas 18 tahun berkahwin, baru kita boleh tahu perangai sebenar pasangan hidup kita.

Itu kisah sedih yang dialami seorang wanita di Amerika Syarikat selepas ditinggalkan suaminya secara mengejut selepas hampir 20 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Selepas 18 tahun, ini caranya kamu meninggalkan saya? Saya tidak ada apa-apa selain diri sendiri. Saya baik-baik sahaja,” luah Porsche Moore Rosmon, 34 yang membuat luahan itu menerusi video di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Petugas zoo maut dibaham harimau, rakan sekerja lupa beri amaran bahawa pintu sangkar tak dikunci

ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta sejak zaman kanak-kanak, pengantin maut kemalangan selepas tamat majlis resepsi

Dia yang baru pulang daripada urusan syarikat selama lima hari di Las Vegas, Nevada terkejut apabila melihat keadaan rumahnya yang kosong.

Memetik laporan DailyMail, wanita yang menetap di Nashvile, Tennessee itu mendakwa suaminya, Brian telah melarikan diri dan mengambil hampir ke semua barang termasuklah perabot bilik tidur, mesin basuh dan alat pengering.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu, Porsche berkata suaminya juga memotong talian Internet di rumah dan menyebab dia tidak boleh bekerja dari rumah.

Menerusi video sama, Porsche merakamkan keadaan almari baju dan mendapati kesemua pakaian juga tiada, kecuali gaun pengantin miliknya yang masih tergantung.

“Saya akan tinggalkannya untuk dia.

“Barang kemas saya masih ada di dalam bilik ini..tapi dia ambil semua barang yang lain milik saya,” katanya menerusi video yang meraih lebih 1.6 juta tontonan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain