SEORANG gadis muda maut dibaham seekor harimau dalam kejadian yang berlaku Chile, Amerika Selatan pada Jumaat lalu. Catalina Torres Ibarra, 21, yang juga petugas zoo maut dibaham haiwan ganas itu gara-gara rakan sekerja yang lupa memberi amaran bahawa sangkar masih belum dikunci. Mangsa pada waktu itu tidak menyedari pintu sangkar yang tak dikunci, lantas melakukan kerja pembersihan seperti biasa. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Mangsa diserang dan cedera parah pada bahagian leher sebelum ditemui mati di tempat kejadian. Kini, petugas di situ turut menunding jari antara satu sama lain dan enggan mengaku bersalah atas punca kejadian berkenaan. Menurut Pengurus Kewangan zoo, Antonio Rojas, dia mendakwa tindakan kumpulan pekerja berkenaan membuka kunci sangkar merupakan satu kesalahan yang melanggar protokol. Namun para pekerja mendakwa sangkar sememangnya berada dalam keadaan tidak dikunci ketika kejadian itu. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!