suria

Perbezaan usia, tinggal di negara berbeza tidak halang pasangan ini jalin cinta jarak jauh

Pasangan ini memiliki banyak persamaan selain meminati kumpulan muzik yang sama. — AGENSI.

BERMULA sebagai peminat kumpulan muzik yang sama, pasangan ini pada awalnya tidak menjangka mereka akan jatuh cinta antara satu sama lain, lapor Mirror.

Menariknya, pasangan ini mempunyai jarak umur yang jauh dan terpisah kira-kira 5,632 kilometer.

Charline Chaltin tinggal di Brussels, Belgium manakala Jeremy Pratico pula menetap di Amerika Syarikat (AS).

Pertemuan Chaltin, 19, dan Pratico, 47, bermula di Facebook pada tahun lalu.

"Saya memuat naik gambar kumpulan 21 Pilots dalam halaman kumpulan Facebook dan bertanya apa lagu kegemaran mereka.

"Pratico membalas hantaran itu tetapi saya tidak memberi maklum balas tentang komennya itu dan dia kemudiannya menjumpai profil Instagram saya, lalu kami mula berhubung dari situ," ujar Chaltin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan cakap tak suka... kan dah kahwin!” - Suami muda 6 tahun, wanita akui mulanya keberatan terima lamaran... tapi apa sebab berubah fikiran?

ARTIKEL BERKAITAN: Terpikat dengan calon SPM, 2 kali cubaan nak berkenalan ditolak... lelaki ini akhirnya dapat juga nikahi ‘gadis hidang air’ - “Tak kisah, ibu pun kahwin muda”

Pasangan itu kemudiannya menyedari mereka mempunyai banyak persamaan dan mula jatuh cinta antara satu sama lain.

Pratico turut sanggup menempah awal tiket penerbangan meskipun sekatan perjalanan antarabangsa masih berkuatkuasa untuk bertemu Chaltin pada Jun lalu.

Mujur seminggu sebelum Pratico ke Brussels, sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Pratico, sebelum ini dia sering menolak untuk mengadakan hubungan jarak jauh tetapi berbeza apabila bersama Chaltin.

"Sekiranya bukan kerana Covid-19, saya tidak tahu jika ini akan berlaku. Tetapi disebabkan saya dalam kuarantin, saya banyak melayari Internet berbanding ketika menjalani kehidupan normal," kata Pratico.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

jarak jauh, pasangan

Artikel Lain