suria

Jururawat keras kepala, masih enggan disuntik vaksin meskipun ibu bapa mati akibat Covid-19

Bapa Parish, Robert dan ibu tiri, Vira meninggal dunia akibat Covid-19 selepas menghadiri majlis pertemuan semula bersama bekas rakan sekolah baru-baru ini. — AGENSI.

DI sebalik kehilangan bapa dan ibu tiri dalam tempoh tiga hari baru-baru ini, ia langsung tidak memberi menginsafkan Shanda Parish, seorang jururawat anti vaksin di Arkansas, Amerika Syarikat.

Bapa Parish, Robert dan ibu tirinya, Vira meninggal dunia akibat Covid-19 ketika kedua-duanya belum menerima suntikan vaksin.

Walaupun dihimpit dengan berita sedih kehilangan orang tersayang, Parish tetap berkeras tidak akan menerima suntikan dan enggan mempercayai manfaat vaksin.

jururawat_anti_Vaksin

Shanda Parish berkeras enggan terima vaksin. — AGENSI.

Bercerita kepada Wall Street Journal, Parish tetap yakin bahawa vaksin adalah sesuatu yang baharu dan dia tidak mempercayainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Setia hingga ke hujung nyawa, wanita hembus nafas terakhir 12 jam selepas suami maut angkara Covid-19

Walaupun menerima satu rakaman suara bapanya sedang kesakitan, Parish kekal dengan pendiriannya untuk tidak akan mengambil sebarang suntikan.

“Rakaman itu tidak seperti suara manusia. Saya tidak suka dengar tetapi saya tidak boleh ‘delete’.

“Kami tidak bunuh mereka tetapi sesetengah orang membuatkan kami rasa apa yang berlaku ini adalah disebabkan salah kami.

“Tidak ada seorang pun yang boleh membuatkan kamu rasa bersalah hanya kerana seseorang meninggal dunia,” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kedua-dua warga emas berusia 70 tahun itu dijangkiti virus Covid-19 ketika menghadiri majlis reunion sekolah.

Parish turut memberitahu yang dia tidak berasa kesal apabila ibu bapanya memilih untuk tidak mendapatkan vaksin kerana keputusan itu adalah pilihan mereka.

Bagaimanapun lain pula ceritanya dengan abang Parish, David Herring yang tinggal di Washington apabila sudah pun mendapatkan suntikan.

Bercakap kepada The Journal, Herring sudah pun mendesak ibu bapanya supaya segera mendapatkan vaksin.

“Saya cukup marah dan kecewa. Dengan keadaan kesihatan dan umur, mereka sepatutnya sudah mendapatkan vaksin lebih awal," katanya.. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

mati, anti vaksin, covid

Artikel Lain