suria

Comel! Kanak-kanak 2 tahun lari tengah padang ketika perlawanan bola sepak

Tucker berjaya 'menangkap' Zaydek dan membawanya ke luar padang dan kemudian disusuli tepukan penonton.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun mencuri perhatian ramai sewaktu perlawanan Cincinnati FC menentang Orlando City SC pada Sabtu, ketika dia berlari ke padang sambil dikejar oleh ibunya.

Zaydek Carpenter, dari Moscow, berlari di padang di Stadium TQL pada babak kedua permainan, sambil ibunya, Morgan Tucker berlari mengejarnya dari belakang.

Aksi Tucker yang berlari laju di padang untuk 'menangkap' Zaydek dan membawanya ke luar padang kemudian disusuli sorakan dan tepukan penonton.

"Saya hanya berpaling selama satu saat dan tiba-tiba melihat dia berada di bawah pagar. Saya terpaksa melompat pagar dan kemudian berlari mengejarnya,"kata Tucker kepada Good Morning America.

Momen lucu itu berjaya dirakam kamera dan turut dikongsi di akaun Twitter Major League Soccer. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain