suria

Mahalnya...Sepotong kek perkahwinan diraja dijual dengan harga lebih RM10,000

Satu daripada 23 kek perkahwinan rasmi ketika perkahwinan diraja pada tahun 1981.

SEPOTONG kek perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana dijual dengan harga lelong sebanyak harga £ 1,850 (RM10,878) kepada seorang pemilik perniagaan kapal mewah.

Gerry Layton yang tinggal di Leed, England membuat bidaan tersebut secara dalam talian dengan harga yang tinggi walaupun pihak pengurusan acara lelongan menjangkakan harga yang lebih murah.

Potongan kek itu berasal dari salah satu daripada 23 kek perkahwinan rasmi dan masih utuh dihiasi dengan lambang diraja berwarna biru, emas, merah dan perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rambut Puteri Diana dari tahun 1995 dijual, cenderamata dapat permintaan tinggi

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Diana masih hidup? Semuanya gara-gara wanita dalam video di YouTube

Layton berkata, beliau akan menjadikan kek itu sebagai aset untuk dijual bagi menyumbang kepada badan amal, selepas kematiannya kelak.

"Saya juga harus memikirkan cara untuk menahan diri daripada memakan kek tersebut, " katanya menurut laporan BBC.

Katanya, beliau merancang untuk melakukan perjalanan dari Yorkshire ke Gloucestershire bagi mengambil kek itu pada minggu hadapan, selain memastikannya berada dalam keadaan baik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu, pembida dari United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara di Timur Tengah turut menunjukkan minat dengan kek itu.

Pada awalnya, kek itu dibida bermula dengan harga bermula £ 300 (RM1,764) termasuk dengan tawaran komisyen.

Potongan kek itu pertama kali diberikan kepada Moyra Smith iaitu petugas istana di Clarence House selepas majlis perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana berlangsung.

Keluarga Moyraa kemudiannya menyimpan potongan kek tersebut sehingga 2008 sebelum diserahkan kepada seorang pengumpul yang menyimpannya hingga kini.

Turut tertera tulisan ‘Jaga dengan baik. Kek perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana, M.C. Smith 29/7/81’ pada tin simpanan potongan kek tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

kek kahwin, lelong, Puteri Diana

Artikel Lain