suria

Beli peti ais lama secara online, tiba-tiba terjumpa RM405,203

SEJUMLAH wang kertas Singapura yang ditemukan di bawah peti ais lama di Korea Selatan baru-baru ini. — AGENSI.

SEORANG lelaki di Korea Selatan mungkin terpaksa menunggu selama enam bulan untuk memiliki wang bernilai 130,000 dolar Singapura (RM405,203) yang ditemuinya di bawah sebuah peti ais lama baru-baru ini.

Menurut laporan agensi Korea Selatan, MBC News, lelaki berkenaan membeli peti ais tersebut secara online.

Lelaki itu menjumpai kira-kira 2,200 keping wang kertas ketika membersihkan peti ais tersebut dan terus menuju ke balai polis untuk membuat laporan pada 6 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercadang nak beli peti sejuk baharu? Ini perkara paling penting yang perlu anda tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main-main... 5 makanan ini ‘haram’ dimakan sebelum tidur, ketahui sebabnya!

Polis kemudiannya memulakan siasatan untuk menentukan sumber wang terbabit dan kesemua wang itu disimpan oleh pihak berkuasa buat sementara waktu.

Penjual dan penghantar peti ais itu juga bakal dipanggil bagi membantu siasatan lanjut.

Ujar seorang pegawai polis, beliau menyifatkan kes tersebut adalah tidak masuk akal kerana membabitkan nilai wang yang besar.

Dalam pada itu, agensi portal Korea Selatan, Allkpop pula melaporkan, Akta Hilang dan Jumpa negara itu mewajibkan wang itu diberikan kepada sesiapa yang menemukannya sekiranya pemilik sebenar tidak tampil membuat tuntutan dalam tempoh enam bulan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, pihak yang memperoleh wang tersebut perlu membayar 22 peratus cukai daripada jumlah wang berkenaan.

Jika pemilik wang terbabit dikesan, pihak yang menjumpainya pula akan mendapat ganti rugi antara lima dan 20 peratus.

Namun, jika wang berkenaan didakwa mempunyai kaitan dengan jenayah, ia akan disalurkan terus kepada dana negara. - Detik.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

peti ais, wang

Artikel Lain