MEMPUNYAI wajah cantik, senyuman menawan serta karisma yang tinggi, Ling merupakan influencer media sosial baharu yang menjadi kegilaan di China. Namun, Ling sebenarnya bukanlah manusia sebenar, tetapi hanyalah satu watak artificial intelligence (AI) yang dicipta sebagai satu cara pemasaran era baharu. Walaupun secara fizikalnya Ling tidak wujud, itu tidak menghalangnya untuk mengumpul 130,000 pengikut di Weibo dan menjadi duta bagi jenama-jenama besar antarabangsa seperti Tesla dan Nayuki - sebuah jenama teh boba terkemuka di China. Faktor utama populariti Ling adalah ia tidak memberikan masalah yang mampu menjejaskan reputasi jenama-jenama yang berkolaborasi dengannya - sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh selebriti dan influencer manusia. ARTIKEL BERKAITAN: Robot seks mesra kanak-kanak diperkenal, sudah 30 unit terjual Ling dicipta pada Mei lalu oleh syarikat Shanghai Xmov Information Technology dan Beijing Cishi Culture Media Company, khusus untuk ditampilkan dalam mana-mana iklan di media sosial seperti Instagram dan TikTok. Ling merupakan generasi baru influencer yang dipanggil "idola maya", yang kini menjadi pilihan jenama-jenama utama di China, terutama selepas pelbagai skandal yang melibatkan selebriti manusia. Antara skandal terbaru adalah melibatkan bekas bintang K-pop yang berasal dari negara itu, Kris Wu, yang ditahan atas tuduhan merogol, menyebabkan jenama-jenama besar seperti Porsche dan Bulgari menggugurkan namanya sebagai duta. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Bukan saja Ling, banyak lagi nama besar idola maya yang terkenal di China seperti Luo Tianyi, gadis animasi dua dimensi yang mempunya lima juta peminat di Weibo, dan juga Yousa, penyanyi yang mempunyai tiga juta pengikut di Bilibili, iaitu platform seakan-akan YouTube di China. Menurut laporan Bloomberg Jun lalu, industri idola maya ini berjaya menarik sekitar 390 juta orang peminat di China, dengan pendapatan daripada animasi dan barang dagangan bernilai sekitar RM148.2 bilion. Firma penyelidikan pemasaran China, iiMedia Research menganggarkan industri idola maya berjaya memperoleh RM2.2 bilion pada tahun 2020 hanya daripada kempen pemasaran. - Insider Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!