JODOH pertemuan di tangan Tuhan. Seorang wanita mengahwini pembunuh kepada abang tirinya, selepas berlapang dada memaafkan lelaki itu atas jenayah yang dilakukannya 32 tahun lalu. John Tiedjen, 57, merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan Brian McGary pada tahun 1989. John mendakwa dia tidak dapat mengingati apa yang berlaku pada malam Brian dibunuh. Bagaimanapun pengakuan tersebut tidak cukup untuk meyakinkan hakim, yang memutuskan dia bersalah membunuh Brian dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Brian merupakan abang tiri kepada Crystal Straus, yang akhirnya mengahwini John hujung minggu lalu. Pasangan ini mula berhubung sekitar lima tahun lalu. Membalas surat Crystal, John bersungguh-sungguh menafikan dia melakukan jenayah tersebut kepada wanita itu. "Saya menulis surat kepadanya dan berkata 'Saya tidak melakukannya. Saya juga percaya kepada Tuhan, dan saya tahu banyak perkara mengenainya, tetapi saya tidak melakukannya'" kata John. John dibebaskan dengan jaminan bulan ini di mana perbicaraan semula dijadualkan akan bermula dalam beberapa minggu akan datang setelah peguamnya menemui bukti baru yang menunjukkan dia tidak melakukan jenayah tersebut. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI