suria

Bantah guna pas kesihatan Covid-19, penunjuk perasaan serang pusat vaksin

GOLONGAN penunjuk perasaan berdemonstrasi sebagai tanda protes untuk penggunaan pas kesihatan di Perancis.

LEBIH daripada 20 pusat vaksinasi di Perancis menjadi sasaran vandalisme golongan penunjuk perasaan yang membantah tindakan kerajaan meluluskan penggunaan pas kesihatan sebagai bukti vaksinasi atau keputusan negatif ujian Covid-19 di negara itu.

Mereka menyifatkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Perancis untuk meningkatkan kadar vaksinasi di negara itu sebagai menyekat kebebasan individu serta satu jenis paksaan seperti pemerintahan Nazi, lapor NDTV.

Di Perancis, orang ramai wajib menunjukkan pas kesihatan untuk memasuki restoran dan tempat awam lain serta menggunakan kenderaan awam seperti kereta api.

Bukan sekadar melakukan serangan dan tindakan vandalisme dengan menconteng dinding pusat vaksinasi dengan grafiti berslogan kolaborator, Nazi dan genosida, penunjuk perasaan juga melakukan demonstrasi dan berarak untuk menentang tindakan berkenaan dengan menggunakan slogan yang sama.

Menurut seorang pegawai kementerian dalam negeri, sejak 12 Julai lalu, sebanyak 22 kemudahan kesihatan diserang, termasuk 15 pusat vaksinasi, lima pusat ujian Covid-19 dan sebuah makmal perubatan.

Penunjuk perasaan juga dilaporkan bertindak ganas menyerang pusat vaksinasi di beberapa daerah seperti Neuille-Pont-Pierre, Lans-en-Vercors dan Urrugne, Pyrenees dan Audincourt serta Toulouse.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Datuk bandar Neuille-Pont-Pierre, Michel Jollivet berkata, banyak pusat vaksinasi di daerah itu diserang penunjuk perasaan.

Media tempatan juga melaporkan di Lans-en-Vercors terdapat pusat vaksinasi yang dibakar. Ada juga diconteng dengan grafiti antivaksin.

Begitu juga di Urrugne, Pyrenees apabila khemah pusat vaksinasi sementara dibakar dan golongan tersebut turut bertindak memotong bekalan elektrik ke pusat vaksinasi di Audincourt, timur Perancis.

Turut dilaporkan di Toulouse, seorang kakitangan pusat vaksin menemui sebuah nota berbaur ugutan yang golongan berkenaan akan meletupkan pusat berkenaan.

Menteri Kesihatan Olivier Veran berkata, tindakan menyerang pusat vaksin sudah jelas menunjukkan motif golongan berkenaan, dan pihaknya akan mengambil tindakan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin berkata, pihak yang didiapati terlibat dan ditangkap akan dikenakan hukuman berat.

Bagaimanapun belum ada sebarang tangkapan besar-besaran dilakukan setakat ini.

Perancis telah mencatatkan lebih daripada 112,000 kematian Covid-19 dan sejumlah 6.33 juta kes.

Penularan varian Delta di negara itu telah menyebabkan lonjakan kes baru dengan lebih daripada 22,000 sehari secara purata.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain