suria

Pasta bayam tarik perhatian pengguna TikTok, ditonton lebih 7.7 juta kali!

PASTA bayam yang dimasak Mon pada mulanya disalah anggap sebagai kacang panjang oleh pengguna TikTok. — AGENSI.

SEORANG tukang masak muda yang berminat dengan dunia masakan menjadi tular di media sosial apabila mendedahkan cara menghasilkan pasta bayam hijau dengan hanya menggunakan tiga ramuan.

Menurut Daily Mail, Mon Mack yang berasal dari bandar Brisbane, Australia berkongsi resipi di laman TikTok dan Instagram dengan hanya menggunakan tepung, bayam dan garam bagi membuat adunan lembut.

“Saya akan memaafkan anda sekiranya menganggap bentuknya seperti kacang panjang yang pelik, tetapi ia adalah doh,” katanya berseloroh dalam video itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak nak tiru resipi, ibu jadi mangsa kena drive beli barang... video membebel ‘ni semua Khairulaming punya pasal’ terus tular!

Setakat ini, video berkenaan telah ditonton lebih 7.7 juta kali kerana ramai yang pada mulanya mengganggap ia adalah kacang panjang.

Untuk membuat pasta hijau, Mon mencampurkan tiga ramuan; 180 gram tepung AP, 120 gram bayam, dan setengah sudu kecil garam dan kisar campuran itu sehingga menjadi adunan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sekiranya adunan kelihatan agak kering, jelas Mon lagi, tambahkan satu sudu besar air kedalam adunan sehingga anda berpuas hati akan kelembapannya.

Jika doh terlalu lembab, Mon menyarankan untuk menambahkan satu sudu tepung ke dalam adunan berkenaan.

Seterusnya, dia mencarik dan menggulung adunan itu sehingga terbentuk seperti kacang panjang.

Screenshot 2021-08-13 193732

Rupa bentuk pasta bayam setelah digulung. — AGENSI.

“Saiz dan ukurannya tidak penting jadi anda tidak perlu bimbang jika tidak dapat membuatnya sempurna,” katanya.

Proses seterusnya, jelas Mon, adalah dengan mencelur carikan adunan yang telah digulung ke dalam air mendidih yang telah ditambah garam selama 30 saat hingga seminit.

Setelah ia dicelur, pasta itu kemudian diangkat dan digoreng dengan mentega bersama hirisan bawang putih sebelum disajikan dengan hirisan keju.

Selamat mencuba!

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

pasta bayam, tepung, TikTok

Artikel Lain