MALANG nasib seorang wanita apabila bilik hotelnya dicerobohi seorang lelaki dalam keadaan bogel, baru-baru ini. Menurut Huashua, dia mahu mengambil tindakan undang-undang untuk meningkatkan kesedaran mengenai tahap keselamatan hotel. Malah, dia turut menuntut pihak hotel tempat dia menginap di Shanghai itu tampil membuat permohonan maaf terhadapnya. Menurut Huashua, kejadian malang itu berlaku pada malam 31 Julai lalu. Dakwa Huashua, lelaki itu masuk ke biliknya dan langsung tidak memakai sebarang pakaian. Lelaki itu turut memarahi Huashua yang mendakwa dia tidak mengunci pintu biliknya. Dia kemudiannya menghubungi polis dan lelaki itu akhirnya ditahan selama lima hari. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI