SEORANG pembeli online berang dengan sikap malas penghantar kurier yang dilantik Hermes selepas baju yang dibelinya rosak akibat digigit anjing peliharaannya. Kakitangan pengeluar barangan berjenama itu hanya melempar bungkusannya dari pagar dan gambar bukti penghantaran yang dihantar kepadanya juga agak mengejutkan. Brogan Griffiths berkata, dia menghabiskan masa dua minggu untuk mencari persalinan yang sesuai untuk dipakai ketika sambutan hari jadi. ARTIKEL BERKAITAN: Bingung kewujudan 'telur dinosaur' misteri, netizen desak panggil Ghostbusters ARTIKEL BERKAITAN: Sangka ada ‘tandas’ di tebing, lelaki terjatuh dari ketinggian 100 kaki Griffiths, 29, yang tiada di rumah ketika kejadian bingung apabila menerima mesej memaklumkan pembeliannya sudah berjaya dihantar sehinggalah dia melihat gambar bukti penghantaran yang diberikan kepadanya. Gambar yang dihantar kurier menunjukkan bungkusan itu berada berdekatan dengan anjing peliharaannya, Cookie Monster. — AGENSI. Selepas dua jam, Griffiths pulang dan mendapati ketiga-tiga gaun yang dibeli telah dirosakkan dan dia percaya Cookie Monster berasakan bungkusan itu adalah mainan. “Saya beli tiga persalinan daripada Oh Polly berharga £160 (RM940) dan dijangka akan diterima empat hari sebelum hari jadi saya. Saya tidak ada banyak masa. “Saya terima emel ketika berada di tempat kerja mengatakan bungkusan saya sudah dihantar dan saya mula bingung kerana ketika itu tiada orang di rumah. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]“Saya periksa gambar bukti penghantaran dan saya lihat, anjing saya sedang memerhatikan bungkusan. Saya tahu penghantar bungkusan itu hanya melempar dari pagar. “Selepas pulang, saya dapati ketiga-tiga gaun itu koyak dan diseret ke kawasan lumpur. Cookie masih bermain dengan parcel itu dan mungkin ia menganggap gaun itu adalah permainannya,” kata Griffiths. Parcel milik Griffiths yang musnah dikoyakkan anjing peliharaannya. — AGENSI. Ibu kepada seorang cahaya mata berusia tujuh tahun itu mendakwa, dia tidak diberi pilihan untuk menukar masa dan tarikh penghantaran. Sementara itu, jurucakap Hermes berkata: “Kami sahkan bahawa barangan Griffiths sudah diganti."Sejak pandemik, kami akan terus menyediakan penghantaran tanpa sentuhan dan tandatangan akan dilakukan secara digital. “Kami sudah pun bercakap dengan pihak kurier supaya beri penekanan kepada pencarian tempat yang lebih selamat agar perkara sama tidak berulang.” – Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!