suria

Berkotak-kotak parcel setinggi rumah tiba-tiba sampai serentak, apa yang lelaki ini beli sebenarnya di Amazon?

SALAH seorang jiran memuatnaik video keadaan rumah Lucky yang dipenuhi kotak sekali gus menjadi perhatian pengguna TikTok. — AGENSI.

TEKA-TEKI pengguna TikTok mengenai video yang memaparkan keadaan sebuah rumah yang menerima berkotak-kotak parcel daripada platform e-dagang, Amazon akhirnya terjawab setelah penerimanya membuat penjelasan mengenai perkara itu semalam.

Memetik laporan Yahoo News!, kisah viral ini bermula apabila dua pengguna TikTok memuat naik video mengenai pembelian ‘gila’ jiran mereka di platform Amazon sehingga halaman rumah dipenuhi kotak.

Klip video itu sekali gus menjadi perhatian pengguna TikTok yang rata-ratanya mahu mengetahui apa yang telah dibeli dan berapa banyak yang telah dibelanjakan oleh penerima kotak tersebut.

ARTIKLE BERKAITAN: Tiga gaun Hermes koyak rabak angkara Cookie Monster

ARTIKLE BERKAITAN: Sangka ada ‘tandas’ di tebing, lelaki terjatuh dari ketinggian 100 kaki

Penerima kotak-kotak tersebut, Lucky Sinz berkata, dia tidak menyangka barangan yang dipesan melalui platform itu sampai secara serentak sehingga ia menjadi tular.

“Biasanya apabila pesanan dibuat, barang-barang ini akan sampai dalam tempoh empat hingga lima hari, cuma tak sangka pula kali ini kesemuanya tiba serentak,” katanya kepada portal In The Know.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lucky memberitahu, dia juga mengetahui dia jirannya merakam video situasi tersebut di TikTok dan sudah menjangka bahawa ia akan viral.

Bagi menjawab pertanyaan pengguna TikTok, Lucky turut menjelaskan bahawa barangan yang diterima itu bukanlah untuk keperluan peribadinya.

Katanya, kotak-kotak tersebut mengandungi keperluan seperti barangan elektronik dan beberapa barangan lain yang akan didermakan kepada komuniti, sekolah-sekolah dan pusat asuhan.

“Saya sayang komuniti di sini dan saya juga sangat berminat menjalankan aktiviti kebajikan untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

kotak, Amazon, e-dagang, global, dunia

Artikel Lain