suria

Misteri ikan paus pelik yang bermata kecil dan berwarna oren

IKAN paus misteri ini ditemui oleh MBAR ketika membuat kajian laut dalam di Teluk Monterey, California, Amerika Syarikat. — AGENSI.

SEEKOR ikan paus pelik dan unik telah ditemui di pantai California oleh Instititut Penyelidikan Akuarium Monterey Bay (MBAR).

Memetik laporan Independent, spesis ikan paus berwarna oren itu dilihat berenang mendekati kenderaan dioperasikan jarak jauh (ROV) yang dikendalikan oleh pusat penyelidikan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkotak-kotak parcel setinggi rumah tiba-tiba sampai serentak, apa yang lelaki ini beli sebenarnya di Amazon?

Menurut MBAR, ikan paus betina tersebut ditemui berenang pada kedalaman 2.013 meter di Teluk Monterey, California, Amerika Syarikat.

“Ikan paus jarang ditemui berenang pada kedalaman seperti ini, jadi kehadirannya mengundang banyak misteri.

“Setiap kali kami lakukan penyelaman laut dalam, banyak misteri telah ditemui,” kata MBAR menerusi satu ciapan di Twitter.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada masa sama, para pengkaji mendedahkan, spesis ikan misteri ini telah ditemui sebanyak 18 kali dalam tempoh 34 tahun ketika aktiviti penyelidikan laut dilakukan dengan menggunakan ROV.

Menurut MBAR, ikan unik ini memiliki mata kecil dan akan menggunakan getaran air untuk mencari jalan dalam keadaan yang gelap.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

ikan paus, pelik, oren, misteri

Artikel Lain