suria

Pandu helikopter semata-mata mahu beli kek aiskrim, tindakan lelaki ini akhirnya mengundang padah

SEORANG lelaki di Kanada didakwa kerana mendaratkan helikopter semata-mata untuk membeli sebuah kek aiskrim. — AGENSI.

TINDAKAN seorang lelaki berusia 34 tahun di Kanada yang mendaratkan sebuah helikopter semata-mata untuk membeli sebuah kek aiskrim mengundang padah apabila penguatkuasa tempatan mengenakan tindakan undang-udang terhadap dirinya baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku di bandar Tisdale, Saskatchewan, Kanada itu menjadi bualan hangat memandangkan tujuan lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dianggap berbahaya, lapor The Guardian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga gaun Hermes koyak rabak angkara Cookie Monster

Dalam kejadian itu, lelaki berkenaan dikatakan telah menurunkan helikopter warna merah yang dipandunya di sebuah tapak letak kereta sebelum dilihat keluar menuju ke sebuah kedai aiskrim.

Orang ramai yang berada di situ pada awalnya menyangka bahawa helikopter itu mendarat atas urusan kecemasan (perubatan) kerana warnanya yang sama dengan ambulans udara wilayah itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kejadian itu turut disaksikan oleh Datuk Bandar Tisdale, Al Jellicoe yang melihat lelaki berkenaan membawa sekotak kek aiskrim sebelum memasuki semula helikopter itu.

"Saya berasakan, mungkin lelaki itu sedang lapar tetapi pada masa sama apa yang dilakukannya itu boleh membahayakan penduduk di sini," katanya.

Pihak polis kemudiannya menahan lelaki berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut.

Jelas pihak berkuasa, lelaki dari bandar Leroy itu didapati mempunyai lesen untuk mengoperasikan helikopter, tetapi meletakkannya di tempat yang tidak sah.

Dia didakwa atas tuduhan melakukan operasi berbahaya pesawat dan akan dihadapkan ke mahkamah di bandar Melfort pada 7 September depan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

jenayah, pelik, helikopter, kek, aiskrim

Artikel Lain